Ciri inovatif yang dibina oleh Google

Alatan hebat seperti Google Lens dan Google Translate membantu anda melakukan lebih banyak perkara. Alatan ini juga dibina terus dalam Chrome.

Google Lens digunakan untuk mengenal pasti pokok Monstera.

Google Lens dalam Chrome

Lihat sesuatu, kemudian cari

Dengan Google Lens dalam Chrome pada desktop, anda boleh membuat carian dan bertanya soalan tentang apa-apa sahaja yang anda lihat pada halaman — sama ada item dalam imej atau teks dalam video, semuanya tanpa perlu membuka tab baharu.

Cara yang hebat untuk
menyelesaikan semuanya

Carian untuk “va” yang memaparkan dokumen Vacation, kemudian pengetikan pada pintasan Sheets yang memaparkan helaian Vacation Packing List.

Google Workspace

Sambung kepada Google Drive

Log masuk dengan Google Account anda untuk mengakses Google Drive. Dengan Chrome, anda boleh mengakses fail anda dengan pantas terus daripada bar carian dan menggunakan fail semasa luar talian juga.

Log masuk dengan Google Account anda
Laman web dengan tumbuhan dan teks diterjemahkan “he secret life of plants”

Terjemahkan halaman web dengan sekali klik.

Baca keseluruhan laman web dalam bahasa pilihan anda dan beralih antara versi asal dengan versi yang diterjemahkan.

Ketahui tentang Translate dengan lebih lanjut

Terjemahkan tanda dalam foto atau teks pada menu tanpa perlu menaip semula perkataan tersebut sendiri.

Dapatkan hasil carian dengan serta-merta apabila anda meminta untuk menterjemahkan perkataan atau frasa pendek dengan menaip “[Perkataan] dalam [Bahasa]”.

Terjemahkan dalam hampir masa nyata sambil memainkan audio dalam bahasa yang berbeza, seperti dalam video atau audio siar.

Laman web dengan kasut balet pada kedudukan pointe dengan teks diterjemahkan yang tertera “Swan Lake ballet and Orchestra, July 16, 8pm”

Terjemahkan semasa dalam perjalanan menggunakan Google Lens.

Terjemahkan tanda dalam foto atau teks pada menu tanpa perlu menaip semula perkataan tersebut sendiri.

Halaman carian Google dengan gambar burung dan carian “Bird in French” dengan hasil carian “oiseau”

Lebih banyak cara menterjemah daripada bar alamat.

Dapatkan hasil carian dengan serta-merta apabila anda meminta untuk menterjemahkan perkataan atau frasa pendek dengan menaip “[Perkataan] dalam [Bahasa]”.

Contoh sari kata langsung audio siar dalam bahasa Inggeris.

Buat sari kata dan terjemahkan audio.

Terjemahkan dalam hampir masa nyata sambil memainkan audio dalam bahasa yang berbeza, seperti dalam video atau audio siar.

Dunia
yang lebih terhubung untuk semua

Kebolehaksesan

Ciri yang sesuai untuk anda

Chrome menyokong pembaca dan penggadang skrin dan menawarkan zum halaman penuh, warna berkontras tinggi, perihalan imej AI, sari kata langsung, penyemakan imbas papan kekunci dan pelbagai lagi — menjadikan proses melayari web lebih mudah dengan cara yang sesuai untuk anda.

Ketahui tentang Kebolehaksesan Chrome
Halaman utama Google dan tetingkap timbul dengan zum yang ditetapkan kepada 100%
Halaman utama Google dengan elemen yang dibesarkan dan tetingkap timbul dengan Zum yang ditetapkan kepada 175%

Media anda, cara anda, pada mana-mana skrin

Video konsert dimasukkan dalam mod gambar dalam gambar.

Google Cast & Kawalan Media

Tonton dalam apa-apa cara yang anda mahu

Dengan Chrome, anda boleh menghantar kandungan daripada komputer atau telefon anda pada TV anda dengan Google Cast terbina dalam. Pilih untuk menghantar seluruh skrin atau tab tertentu sahaja.

Ketahui tentang penghantaran dengan lebih lanjut

Media anda, cara anda, pada mana-mana skrin

Sumber tambahan

Bawa penyemak imbas anda ke mana-mana sahaja

Muat turun Chrome pada peranti mudah alih atau tablet anda dan log masuk ke akaun anda untuk mendapatkan pengalaman penyemak imbas yang sama di mana-mana sahaja.

Kod QR untuk memuat turun penyemak imbas Chrome pada peranti mudah alih

Imbas apl Chrome